the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga, penghantar makanan ditahan lakukan ugut, pemerasan

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dan seorang penghantar makanan ditahan Sabtu lepas kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki dan mengugut beliau berhubung kereta sewa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail (gambar) berkata kedua-dua suspek lelaki berumur 29 dan 30 tahun itu ditahan di Taman Dato Ahmad Razali dekat sini, kira-kira 2.15 petang dan polis turut merampas dua telefon bimbit dan tujuh dokumen bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati pengadu telah menyewakan kereta Toyota Alphard kepada seorang daripada suspek dan mahu mengambil semula keretanya namun suspek meminta bayaran kepada pengadu untuk kereta itu dikembalikan.

“Semakan juga mendapati seorang daripada suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata suspek juga telah mengugut lelaki berkenaan yang bekerja sebagai ejen insurans dengan menghantar gambar api, parang, pistol serta menakut-nakutkan untuk merosakkan kenderaannya.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama empat hari bemula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings