the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perak umum Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji kepada 48 Adun, Speaker

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji kepada 48 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan dan pembangkang serta Speaker Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri turut bersetuju untuk meneruskan peruntukan pengurusan kepada kesemua 59 Pusat Khidmat Adun sebanyak RM7,000 sebulan.

“Dengan RM7,000 sebulan dapatlah membiayai bayaran elaun pegawai khas Pusat Khidmat masing-masing, membayar sewa pejabat, membayar bil utiliti dan lain-lain yang berkaitan.

“Sebagai buah tangan pada persidangan kali ini, kerajaan negeri bersetuju untuk membayar BKK satu bulan gaji kepada 48 Adun (yang tidak menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan Speaker,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024.

Beliau berkata pada belanjawan kali ini kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan berjumlah RM45.5 juta bagi menyelaras, menambah baik dan melicinkan urus tadbir termasuk mengukuhkan sistem penyampaian kerajaan di semua 59 kawasan DUN di Perak.

Beliau berkata kerajaan negeri sedang merangka satu pekeliling yang akan dikeluarkan pada bulan hadapan mengandungi garis panduan terhadap tatacara perbelanjaan bagi peruntukan berkenaan dan akan meneliti kaedah agihan peruntukan bagi kawasan DUN yang dilaksanakan di negeri-negeri lain sebagai rujukan dan perbandingan.

“Apa jua pendekatan yang kita akan putuskan dalam pekeliling itu kelak, kerajaan negeri tidak akan menzalimi mana-mana rakyat di semua 59 kawasan DUN di Perak.

“Kerajaan negeri akan memastikan setiap lapisan rakyat, tanpa mengira kawasan kerajaan mahu pun pembangkang, akan dapat menikmati hasil peruntukan yang disalurkan,” katanya.

Pada Jumaat lepas, kerajaan Perak mengumumkan BKK dua bulan gaji kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri menerusi Belanjawan 2024.

Pemberian BKK itu termasuk kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, ex officio, semua guru lantikan negeri, orang besar jajahan serta pekerja sambilan harian.

Sementara itu, wakil pembangkang Datuk Zainol Fadzi Paharudin pada sidang media mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana pemberian BKK berkenaan yang disifatkan sebagai pengiktirafan kepada peranan Adun kerajaan dan pembangkang.

“Kami gembira dengan pengumuman itu yang tidak mengambil pendekatan untuk membezakan Adun kerajaan dan pembangkang. Ini contoh tindakan Menteri Besar yang begitu prihatin kepada pemimpin sama ada kerajaan mahupun pembangkang,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings