the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perangkaan: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024

KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM menjelaskan peningkatan inflasi pada Mac 2024 didorong oleh perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (3.0 peratus); restoran dan perkhidmatan penginapan (3.0 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.6 peratus) serta pengangkutan (1.3 peratus).

“Namun begitu, peningkatan ini telah diimbangi dengan kumpulan utama yang merekodkan peningkatan lebih perlahan iaitu kesihatan (2.1 peratus); makanan dan minuman (1.7 peratus) dan rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.5 peratus),” jelasnya dalam kenyataan mengenai Indeks Harga Pengguna, Malaysia Mac 2024 di sini, pada Khamis.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (gambar) berkata peningkatan 3.0 peratus berbanding 2.7 peratus pada Februari 2024 bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain disumbangkan oleh kelas perbelanjaan bekalan air yang meningkat kepada 31.4 peratus pada Mac 2024 (Februari 2024: 28.8 peratus).

Kedah telah menaikkan kadar tarif perkhidmatan bekalan air bagi kategori pengguna domestik bermula Mac 2024 berbanding negeri lain yang telah melaksanakan kadar tarif baharu pada Februari 2024, katanya.

Bagi inflasi di peringkat negeri, beliau berkata kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.

Walau bagaimanapun, lima negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (3.0 peratus), Sarawak (2.9 peratus), Pahang (2.1 peratus), Selangor (2.1 peratus) dan Perlis (1.9 peratus), katanya.

“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman. Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor (3.2 peratus), diikuti Pulau Pinang (2.8 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.6 peratus), Sarawak (2.1 peratus), Perlis (2.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (2.0 peratus).

“Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman nasional iaitu 1.7 peratus pada Mac 2024,” katanya.

Menurut DOSM inflasi keseluruhan secara bulanan merekodkan kenaikan marginal 0.1 peratus berbanding 0.5 peratus yang telah dicatatkan pada Februari 2024.

Antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan secara bulanan ialah restoran dan perkhidmatan penginapan (0.4 peratus); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.4 peratus) serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.3 peratus), jelasnya.

Jabatan itu memaklumkan bahawa inflasi bagi suku pertama 2024 mencatatkan peningkatan 1.7 peratus (suku keempat 2023: 1.6 peratus).

Bagi perbandingan suku tahunan, inflasi Malaysia mencatatkan peningkatan 0.7 peratus (suku keempat 2023: 0.2 peratus), tambahnya.

Sementara itu, inflasi teras meningkat pada kadar yang perlahan iaitu 1.7 peratus berbanding 1.8 peratus pada Februari 2024, didorong terutama oleh kumpulan utama makanan dan minuman serta restoran dan perkhidmatan penginapan yang kedua-duanya mencatatkan 3.0 peratus pada Mac 2024.

DOSM menjelaskan bagi perbandingan inflasi dengan negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.8 peratus) adalah lebih rendah berbanding Vietnam (4.0 peratus), Filipina (3.7 peratus), Amerika Syarikat (3.5 peratus), Republik Korea (3.1 peratus) dan Indonesia (3.1 peratus).

“Namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding China (0.1 peratus) dan Thailand (-0.5 peratus),” menurut DOSM.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings