the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkhidmatan 5G capai 80.2%, peralihan ke dwirangkaian bakal diumum

PUTRAJAYA: Perkhidmatan rangkaian 5G telah mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Dis, melepasi sasaran 80 peratus yang ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar).

Susulan pencapaian itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan dalam sidang media di sini hari ini berkata kerajaan dijangka mengumumkan peralihan daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian bagi pelaksanaan 5G.

Beliau berkata mesyuarat Pasukan Petugas Khas 5G akan bermesyuarat Jumaat ini, bagi menentukan hala tuju serta langkah berikutnya dan keputusan pasukan khas itu akan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa itu akan disertai Digital Nasional Bhd (DNB), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang menandatangani perjanjian langganan saham (SSA).

“Dijangka tidak lama kerajaan menimbangkan mengumumkan peralihan dari satu rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian. Selepas itu rangkaian 5G kedua boleh diwujudkan sekiranya beberapa syarat perkara yang dipersetujui pasukan khas dicapai,” kata Fahmi.

Pada 31 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan bersetuju supaya pelaksanaan rangkaian 5G negara beralih daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian atas beberapa justifikasi, termasuk meningkatkan persaingan sekali gus menamatkan unsur monopoli yang dikaitkan dengan DNB. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings