the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, October 11, 2026
26.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pesara guru rugi lebih RM1.1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Beliau berkata mangsa diberi penerangan tentang pelaburan saham dan analisis pasaran kewangan sebelum bersetuju menyertai skim ditawarkan.

KUANTAN: Seorang pesara guru kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan saham tidak wujud menerusi aplikasi TikTok.  

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata lelaki berusia 65 tahun itu melihat iklan di media sosial berkenaan dan berhubung dengan individu yang mendakwa sebagai ejen syarikat terbabit melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata mangsa diberi penerangan tentang pelaburan saham dan analisis pasaran kewangan sebelum bersetuju menyertai skim ditawarkan.

“Lelaki itu kemudiannya membuat 22 transaksi ke enam akaun bank yang berbeza secara dalam talian dan urusan di kaunter institusi kewangan antara 21 Ogos hingga 7 Okt lepas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azry Akmar berkata selepas semua pembayaran dibuat, mangsa masih diminta membuat bayaran tambahan atas alasan yang tidak munasabah.

Sehubungan dengan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam selepas menyedari ditipu setelah tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Terbuka Artik 2026: Aaron-Roy King mara ke final, Zii Jia tersingkir

Aaron dan Roy King meneruskan penampilan sulung penuh sensasi pada kejohanan berstatus Super 500 itu, menewaskan beregu Denmark, Christian Faust Kjær-Rasmus Kjær 21-14, 21-16 dalam masa hanya 37 minit.

Most Viewed

spot_img