the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Petugas kawalan keselamatan, lalu lintas Istiadat Keberangkatan Balik YDP siap diatur gerak

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah mengatur gerak segala persiapan bagi melancarkan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata persiapan yang siap diatur gerak berkenaan termasuk kawalan keselamatan dan kawalan lalu lintas.

Beliau berkata pengiring-pengiring polis juga telah bersiap sedia melaksanakan tugas di jalan-jalan yang dikenal pasti akan digunakan atau dilalui semasa keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah.

“Kami mengambil maklum dan bersedia (penugasan keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong) serta menempatkan keanggotaan yang mencukupi,” katanya kepada Bernama.

Bernama difahamkan, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid akan mengeluarkan satu kenyataan media esok berhubung penutupan jalan raya yang terlibat istiadat berkenaan pada Selasa ini.

Seri Paduka akan menamatkan pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Jan.

Al-Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Jan tahun yang sama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings