the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Malaysia: TMJ tinjau kualiti padang Stadium Nasional

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim berkenan melawat keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Baginda, yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), hadir ketika sesi latihan rasmi skuad Harimau Selatan menjelang aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC (TFC) pada 9 malam, esok.

Dalam lawatan kira-kira 20 minit itu, TMJ turut dilihat mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Mohd Faidz Sanusi selepas kualiti padang itu sekali lagi menjadi persoalan.

Isnin lepas, permukaan padang Stadium Nasional sekali lagi tular dan menjadi perhatian selepas Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya itu yang kelihatan sedikit terjejas menerusi laman media sosial milik baginda.

Ia merupakan kali kedua dalam tempoh kira-kira dua minggu Tunku Ismail memuat naik gambar keadaan padang Stadium Nasional, yang pertama selepas dua hari konsert kumpulan Coldplay berlangsung di stadium berkenaan pada 22 Nov lepas.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengurniakan rumput jenis Zeon Zoysia untuk digunakan di Stadium Nasional yang mula ditanam tahun ini.

Pada final esok, JDT memburu gelaran Piala Malaysia keempat dan double treble selepas muncul juara Liga Super dan Piala FA musim ini, manakala TFC berhasrat menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kejayaan 2001.

Skuad Harimau Selatan, yang merangkul ketiga-tiga gelaran itu pada 2022, turut muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah (perlawanan Sumbangsih) musim ini dan musim lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings