the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Thomas: Beregu perlu curi mata menentang Denmark – Rexy

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki negara seharusnya memanfaatkan peluang mencuri mata buat Malaysia sewaktu berdepan jaguh Eropah dan juara edisi 2016, Denmark, dalam saingan Kumpulan D Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, dijadual 28 April-5 Mei ini.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky (gambar) berkata Malaysia berpotensi untuk mendapatkan mata dari kem beregu memandangkan barisan perseorangan lelaki dijangka berdepan laluan mencabar, seandainya Denmark menurunkan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dan juara Terbuka Malaysia 2024, Anders Antonsen di Chengdu.

“Perseorangan Denmark kuat, mereka juga memiliki Rasmus Gemke (ranking ke-28) serta Magnus Johannesen (ranking ke-34), saya tidak tahu (siapa bakal bermain).

“Beregu pula mungkin pasangan kita Aaron Chia-Soh Wooi Yik (ranking kelima) unggul sedikit atau Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (ranking keempat) juga unggul, mereka dalam lima terbaik dan tahu kelemahan masing-masing.

“Beregu harus ambil mata namun bergantung kepada strategi kita pada hari perlawanan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau pada masa sama berkata Malaysia harus berwaspada dengan ancaman satu lagi pasukan dalam Kumpulan D iaitu Hong Kong, lebih-lebih dengan barisan perseorangan mereka yang dijangka dibarisi Lee Cheuk Yiu (ranking ke-14) dan Angus Ng Ka Long (ranking ke-26).

“Persembahan perseorangan kita sebenarnya juga agak baik, sekiranya Ng Tze Yong mampu balik ke kondisi asal dia boleh memberikan tentangan.

“Lee Zii Jia pula akhir-akhir ini dapat atasi Ka Long (menang dua aksi terakhir). Pilihan perseorangan ketiga kita juga baik antaranya Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Eogene Ewe,” katanya.

Tze Yong ketika ini menjalani proses pemulihan daripada pembedahan belakang badan baru-baru ini.

Selain Denmark dan Hong Kong, Malaysia yang turun selaku pilihan kelima turut diletakkan dalam Kumpulan D bersama pasukan dari benua Afrika, Algeria. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings