the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Kerajaan kekal tegas teruskan reformasi Parlimen

KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal tegas untuk terus memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif menerusi reformasi Parlimen bagi memperkukuh demokrasi berperlembagaan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi hantaran di akaun media sosial X hari ini berkata Kerajaan MADANI juga tegas dalam meningkatkan ketelusan pentadbiran institusi Parlimen.

Beliau berkata Kerajaan MADANI telah mengorak langkah memulakan agenda reformasi Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat pada 2023 dengan mengadakan Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara, Perbahasan Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan penambahbaikan sidang Kamar Khas.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada hari ini, bagi bertukar pandangan dan membincangkan agenda terkait cadangan dasar untuk menggubal Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen.

“Parlimen merupakan institusi yang penting dalam sesebuah negara dan berfungsi sebagai semak dan imbang terhadap kuasa eksekutif kerajaan,” kata Anwar menerusi hantarannya itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings