the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Kerajaan setuju perhalusi cadangan perluasan liputan perlindungan sosial

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memperhalusi cadangan perluasan liputan perlindungan sosial secara berfasa ke atas populasi umur bekerja rakyat Malaysia yang mencapai usia 18 tahun bagi menjamin pendapatan hari tua bermula tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) Kali Ke-6, Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikannya hari ini.

“Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) membawa cadangan ini untuk kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM),” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini.

Beliau berkata melalui mesyuarat itu, kerajaan membincangkan liputan perlindungan sosial yang lebih inklusif dan komprehensif kepada rakyat terutama kumpulan rentan dan mereka yang berada dalam sektor tidak formal.

“Kerajaan sentiasa meneliti kaedah terbaik dalam meningkatkan liputan keselamatan sosial kepada populasi umur bekerja terutamanya yang berada dalam sektor tidak formal selain berusaha untuk mengatasi jurang kemahiran dalam sumber manusia serta memastikan kemampanan pembiayaan perlindungan sosial,” katanya.

Anwar berkata melalui MySPC, kerajaan menyasarkan agar jaringan keselamatan sosial negara dapat diperkukuh dan diperluaskan, malah ia perlu segera diterjemahkan kepada pelan tindakan yang dapat dilihat, dirasai dan dinikmati oleh rakyat yang berhak ke atasnya.

“Hasrat tersebut boleh dicapai melalui penyelarasan dan pelaksanaan program-program perlindungan sosial secara inklusif serta program peningkatan kapasiti dan keupayaan kumpulan sasar yang bersepadu,” menurut kenyataan itu.

Beliau berkata perlindungan sosial yang mampan mampu memastikan setiap rakyat kekal menikmati taraf hidup yang wajar ketika mereka berdepan dengan sebarang risiko di sepanjang kehidupan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings