the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM: Pembangkang tiada kekuatan bawa usul undi tidak percaya ke Parlimen

ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata pembangkang tiada kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya ke Parlimen, sebaliknya hanya memainkan propaganda untuk menipu penyokong mereka.

Beliau berkata ini terbukti kerana sehingga sekarang, pembangkang tidak pernah lagi membawa usul seumpama itu sepanjang setahun Kerajaan MADANI.

“….Dah lama dah dia (pembangkang) tidak bawa (usul tidak percaya), setahun dah. Hari-hari kita tunggu, tiada.

“Jadi kita tidak fikir bab tu, saya tidak fikir dia ada kekuatan untuk bawa ini (undi tidak percaya), selain propaganda untuk menipu penyokong-penyokong dia supaya tidak hilang semangat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pembangkang berani mengambil langkah berkenaan, susulan peringatan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, supaya pembangkang membuat usul itu sekiranya serius mahu menguji keabsahan Perdana Menteri.

Semalam, Hassan ‘mengingatkan’ supaya pembangkang segera mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ahli Parlimen Tambun tersebut, sekiranya mahu menguji keabsahan Perdana Menteri itu sebelum mesyuarat pertama penggal ketiga Dewan Rakyat, yang mula bersidang pada 26 Feb depan.

“Ya, itu pandangan yang sesuailah (pandangan Hassan). Kalau tidak, hari-hari orang asyik cari ini (akuan bersumpah), Langkah Dubailah atau mana-mana. Sekarang dah terbukti bahawa itu semua hanya ‘politik cemas’ dalam kalangan mereka yang kehilangan modal.

“Jadi, saya nasihat jemaah menteri dan pimpinan kerajaan umumnya, supaya menumpukan perhatian untuk membangunkan negara. Tahun 2024 fokus kita ialah pembangunan dan keutuhan ekonomi negara,” kata Anwar.

Ketika ditanya mengenai sama ada akan ada lebih banyak tangkapan berkaitan rasuah melibatkan ‘jerung-jerung’ besar, Perdana Menteri berkata itu terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Itu urusan SPRM, tetapi saya tidak mahu orang anggap ini perkara kecil, baru, lama, tak boleh. Orang kalau dia tidak salah, tidak perlu bimbang kerana siasatan itu akan diteliti dan pendakwaan akan diberikan dan dikemukakan sekiranya terdapat bukti yang kukuh.

“Tetapi janganlah sesetengah orang anggap ini soal pihak tertentu dan sebagainya, kerana ini akan memberikan gambaran seolah-olah ada orang-orang…jerung-jerung besar terlepas,” kata beliau. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings