the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM terima kunjungan hormat Menteri Luar India

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar India Dr S. Jaishankar, yang kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Jaishankar tiba di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra di sini pada 2.30 petang, sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu memaklumkan Anwar dan Jaishankar, bertukar-tukar pandangan dan membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, sains dan teknologi, pendidikan, pertanian, pelancongan, pertahanan dan digital, serta berkaitan isu serantau termasuk Myanmar.

Menurut kenyataan PMO, Anwar telah memberikan komitmen beliau dalam membantu penubuhan cawangan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri India Narendra Nodi, kerana membantu negara ketika Malaysia menghadapi kekurangan bekalan beras dan berharap untuk mempermudahkan lagi pengimportan hasil pertanian dari India.

Menurut kenyataan PMO, Jaishankar telah menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan lagi hubungan India-ASEAN, terutamanya ketika Malaysia mempengerusikannya tahun hadapan dan mengulangi pelawaan Modi untuk Anwar untuk melawat India.

Menurut kenyataan itu Perdana Menteri, bercadang untuk melakukan lawatan ke India tidak lama lagi, selepas Pilihan Raya Umum negara itu.

Pertemuan itu turut disertai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

India merupakan rakan dagangan global ke-12 terbesar Malaysia, dengan perdagangan berjumlah RM77.76 bilion (US$16.53 bilion). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings