the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Kangar lupus barang kes ketum bernilai lebih RM175,000

KANGAR: Polis Daerah Kangar hari ini melupuskan barang kes ketum iaitu 8,264 kilogram daun ketum dan 5,113 liter cecair ketum bernilai RM175,090, untuk kes bagi tempoh tahun 2012 hingga tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata barang kes yang dilupuskan secara kaedah tanam timbus, setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis itu, melibatkan 284 kertas siasatan yang telah selesai bicara dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.

“Barang kes bagi kes yang telah selesai dan tempoh rayuannya telah tamat, maka ia akan dilupuskan bersandarkan arahan dari pihak mahkamah.

“Justeru, pada hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, telah membuat pelupusan barang kes bagi kes-kes Akta Racun 1952 yang telah selesai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings