the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun

PASIR MAS: Polis Kelantan menerima sebanyak 225 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena Aidilfitri tahun ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar) berkata daripada jumlah itu, 25 permohonan telah diluluskan manakala bakinya sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata polis masih mengekalkan syarat sama seperti sebelumnya iaitu hanya bunga api dan mercun tertentu sahaja dibenarkan untuk dijual dalam tempoh dua minggu sebelum raya.

“Kami menasihatkan jangan jual mercun yang kita tidak benarkan dan polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap peniaga ingkar,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Go To Safety Point di pekarangan stesen Petronas Chetok, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata orang awam tidak perlu lagi membeli mercun atau bunga api secara haram kerana polis telah menyediakan pembekal berlesen untuk urus niaga berkenaan.

“Berkemungkinan mercun dijual di luar tidak sama dengan mercun diluluskan polis tetapi ada sebab kita hadkan jenisnya termasuk risiko bahaya tertentu yang mungkin berlaku.

“Polis beri amaran awal-awal dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan mercun secara haram ini,“ katanya.

Muhamad Zaki turut menasihati peniaga mercun di negeri ini agar berwaspada menguruskan jualan bahan berkenaan memandangkan cuaca panas ketika ini mungkin boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya, pemantauan ibu bapa terhadap anak masing-masing juga amat dituntut agar tragedi buruk dapat dielakkan.

Terdahulu, program kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia dan stesen minyak Petronas itu bertujuan menyediakan lokasi selamat kepada orang awam mendapatkan bantuan awal dalam kejadian kemalangan, kecemasan dan jenayah dengan setakat ini membabitkan penyertaan 42 stesen minyak. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings