the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kesan saksi, suspek terlibat pemerasan, terima suapan di Langkawi

ALOR SETAR: Polis sedang mengesan saksi serta suspek dipercayai terlibat dalam kes didakwa memeras dan menerima suapan daripada warganegara asing di Pulau Langkawi seperti yang tular dalam media sosial TikTok, Isnin lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh (gambar) berkata satu rakaman video berdurasi satu minit 44 saat yang memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita warganegara asing yang menaiki motosikal telah ditahan oleh penguat kuasa yang disyaki anggota polis.

“Mereka ditahan atas kesalahan lalu lintas iaitu tidak memakai topi keledar di kawasan Pulau Langkawi. Dalam rakaman itu, terdapat audio perbualan antara warga asing dan penguat kuasa berkenaan…warga asing itu telah ditawarkan untuk membayar saman sebanyak RM100 tanpa resit di tempat dia ditahan.

“Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Risikan/Operasi Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 384 kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya sentiasa peka dan mengambil berat tentang salah laku pegawai dan anggota serta sentiasa bersikap profesional dalam memastikan ketelusan tindakan dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atas kejadian ini yang boleh mengganggu siasatan sebaliknya bersama membantu polis dalam membanteras dan mencecah jenayah dengan menyalurkan maklumat melalui talian MERS 999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings