the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah

SEREMBAN: Polis menahan 22 individu termasuk seorang wanita yang dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di beberapa lokasi di Port Dickson dekat sini menerusi serbuan selama empat hari bermula 1 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas dadah jenis heroin dan syabu seberat 155.69 gram membabitkan nilai sebanyak RM7,508.

“Sebuah kereta jenis Nissan Sentra dan tiga motosikal pelbagai jenis yang digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah itu turut disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 Akta 340.

“Modus operandi suspek dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan di sekitar kawasan Linggi, Pasir Panjang, Telok Kemang dan Port Dickson,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Aidi Sham berkata suspek disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings