the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan 59 warga asing di Jalan Kebun

SHAH ALAM: Sebanyak 59 warga asing termasuk empat ejen ditahan dalam satu serbuan di Jalan Kebun di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim (gambar) berkata serbuan dilakukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman kira-kira 6 petang di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan sebagai tempat transit.

“Tangkapan ini melibatkan 53 warga Indonesia termasuk 12 wanita, lima lelaki warga Bangladesh dan satu lelaki warga Myanmar membabitkan mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 56 tahun.

“Tangkapan yang turut membabitkan empat ejen lelaki warga Indonesia dipercayai menguruskan migran untuk keluar dari Malaysia mengikut jalan yang tidak diwartakan, manakala selebihnya ialah migran yang memerlukan perkhidmatan ejen untuk keluar dari negara,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Iqbal berkata 55 suspek direman selama 14 hari, manakala empat ejen direman 28 hari dengan kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6 (1)(c) dan 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/61.

Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Muhammad Abdul Hafiz Sariee menerusi talian 014-8905051. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings