the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis: Warga emas pandu lawan arus di Kuantan ada masalah kesihatan

KUANTAN: Polis mengesahkan warga emas yang memandu secara melawan arus di Jalan Mahkota, di sini yang videonya tular di laman media sosial, mempunyai masalah kesihatan serta tidak lagi kompeten untuk memandu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata warga emas itu telah hadir menyerah diri di Balai Polis Trafik Kuantan semalam dan dikenakan notis saman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan berkenaan.

Beliau berkata polis menerima laporan berhubung perkara itu semalam dan hasil semakan Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan mendapati kejadian berlaku berhampiran Pasar raya Ekonomi Berjaya, pada kira-kira 11 pagi Jumaat lepas.

“Video tular di laman sosial Facebook ‘Areef Adeeb’ yang memaparkan kejadian Perodua Myvi yang dipandu dalam keadaan melawan arus telah dikesan, semalam.

“Hasil siasatan mendapati pemandu ketika itu bersama penumpang lelaki berumur 78 tahun yang merupakan abangnya,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Wan Mohd Zahari menasihatkan pemilik dan pemandu kenderaan supaya memastikan tahap kesihatan diri dalam keadaan baik sebelum memandu supaya tidak membahayakan nyawa sendiri serta pengguna jalan raya lain.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings