the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Politeknik Bagan Datuk beroperasi awal Januari 2024

BAGAN DATUK: Politeknik Bagan Datuk yang dibina dengan kos sebanyak RM175 juta bakal beroperasi awal Januari tahun depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Badioezaman Ab Khalik.

Beliau berkata pembinaan politeknik di kawasan seluas 30 ekar itu telah bermula pada 30 Nov 2017 dan siap sepenuhnya pada awal Oktober lepas.

“Projek ini telah berjaya disiapkan walaupun sedikit tersasar daripada tarikh dijadualkan. Semenjak pembinaan projek ini pada 2017, pelbagai isu dan cabaran yang telah dihadapi oleh pihak kontraktor dan JKR.

“Namun, berkat komitmen yang tidak berbelah bahagi semua pihak, semua kesusahan dan permasalahan itu berjaya diharungi dengan baik sehingga membolehkan projek ini disiapkan,” katanya dalam teks ucapan pada majlis Penyerahan Politeknik Bagan Datuk di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Pembinaan Pasukan Projek Khas 1 Jabatan Kerja Raya (JKR) Suzanna Punari.

Terdahulu, Suzanna menandatangani dokumen penyerahan politeknik kepada Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia Dr Fary Akmal Osman.

Kampus yang dilengkapi kemudahan seperti bangunan pentadbiran, bengkel, makmal, dewan kuliah, asrama dan perpustakaan itu dijangka mampu menampung kapasiti 1, 200 pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dalam bidang Teknologi Maritim.

“Difahamkan politeknik ini telah menawarkan program Diploma Senibina Kapal dan dua program baharu pada 2024 iaitu Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan Marin dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik Marin,” katanya.

Badioezaman berkata pihaknya berharap kewujudan kampus tersebut akan memberi nilai tambah khususnya dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

“Saya turut berharap ia akan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran kerja semasa,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings