the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rafizi: Petronas antara peneraju 10 projek flagship NETR

KUALA LUMPUR: Petronas antara peneraju 10 projek flagship peralihan tenaga di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (gambar).

Beliau berkata syarikat lain termasuklah Prasarana, Khazanah Nasional Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Sime Darby Property dan KPK Malakoff.

Katanya kerajaan telah membuka penyertaan bagi 10 projek flagship tersebut untuk peneraju mengemukakan projek peralihan tenaga yang sedang diusahakan kerana kerajaan tidak mahu ia menjadi projek yang melibatkan peruntukan awam dan ia mestilah projek swasta.

“Keseluruhan pelaksanaan dan tatakelola NETR serta kemajuan projek flagship ini akan dipantau Majlis Tenaga Negara yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang ingin mengetahui tentang kemajuan NETR setakat ini sejak dilancarkan pada Ogos lepas dan kementerian yang akan menerajuinya serta sama ada Petronas menjadi antara pihak berkepentingan pertama dalam NETR.

Rafizi berkata kementerian yang akan menjadi peneraju sebenarnya bergantung kepada bidang dan projek atau pembolehdaya tertentu.

Mengenai kemajuan sebahagian daripada projek tersebut, beliau berkata sebenarnya ia telah melepasi daya maju dan memasuki perjanjian komersial.

“Kalau kita lihat pengumuman NETR tempoh hari, ia melibatkan pengumuman pelaburan daripada pelabur asing melibatkan Khazanah dan rakan kongsi mereka.

“Justeru, sementara kemajuan projek ini akan dipantau di peringkat Majlis Tenaga Negara tetapi ini adalah projek-projek komersial yang diusahakan oleh Petronas, Khazanah, Sime Darby Property dan sebagainya.

“Saya pasti ia sebenarnya demi kepentingan komersial terbaik mereka untuk melaksanakannya secepat mungkin kerana kita sedia maklum bahawa dari segi minat pelabur dan pengurus dana, mereka selalunya akan membeli kaunter yang menunjukkan prestasi tenaga boleh baharu yang baik,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings