the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ramadan: Penganjuran majlis ilmu perlu patuh pihak berkuasa agama negeri

KUALA LUMPUR: Penganjuran sebarang majlis ilmu dan agama sepanjang bulan Ramadan ini perlu mengikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa agama Islam negeri bagi menjaga kesucian bulan mulia itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pendakwah bertauliah di negara ini agar sama-sama mewarnai kesucian bulan Ramadan dengan mengajak lebih ramai umat Islam beribadah di rumah Allah SWT.

“Bulan yang suci lagi mulia ini hendaklah diimarahkan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

“Marilah bersama-sama kita mengimarahkan bulan Ramadan dengan ibadat puasa, qiamullail, solat tarawih, doa, zikir, tadarus al-Quran, sedekah dan infak dalam memperkukuh iman dan takwa serta meraih keampunan Allah SWT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru umat Islam agar melipatgandakan doa, solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi rakyat Palestin agar mereka bebas daripada cengkaman rejim Zionis Israel yang kini telah membunuh lebih 30,000 nyawa dan mencederakan lebih 72,000 umat Islam di Gaza.

“Ingin saya ingatkan juga, agar umat Islam sentiasa bersederhana dan mengelakkan pembaziran makanan sewaktu berbuka puasa nanti. Sesungguhnya, ibadat puasa itu melatih diri untuk taat, sabar dan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah SWT,” katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semalam mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, 12 Mac. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings