the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja OKU kerdil hilang main di longkang ditemukan lemas

JOHOR BAHRU: Remaja Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil yang hilang ketika bermain air di longkang di Jalan Rajawali 16, Taman Wawasan dekat Kulai semalam ditemukan lemas tengah hari tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Fairuz Helmi Mohd Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 9 malam dan menggerakkan sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kulai dengan kekuatan keseluruhan tujuh anggota ke tempat kejadian.

Beliau berkata menurut saksi kejadian, remaja OKU lelaki berusia 17 tahun itu dipercayai bermain air di longkang bersama seorang rakan dan kemudian tergelincir ke dalam longkang dan hilang.

“Bapa mangsa yang menyedari anaknya tidak pulang seperti kebiasaan terus bertanya kepada ibu bapa rakan anaknya yang bermain bersama-sama dan bertindak menghubungi talian kecemasan 999 sejurus mengetahui perkara sebenar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja pencarian awal dilakukan di sekitar mangsa terakhir dilihat dan operasi hari kedua hari ini melibatkan pencarian di sepanjang tali air dan berjaya menjumpai mangsa pada jarak lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

Fairuz Helmi berkata mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Ketua Polis Kulai Supt Tan Seng Lee berkata bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai menerima panggilan melalui MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya telah hilang dibawa arus deras ketika bermain di parit ketika waktu hujan.

Beliau berkata sejurus menerima maklumat, operasi mencari dan menyelamat dilakukan pihak polis bersama bomba bermula malam tadi, namun terpaksa dihentikan kira-kira pukul 2 pagi kerana cuaca buruk.

“Operasi berkenaan diteruskan pada 9 pagi tadi dibantu unit anjing pengesan (K9) dan orang ramai.

“Mayat mangsa telah dijumpai kira-kira 12.30 tengah hari di kawasan parit di Taman Saujana Impian kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Tan berkata mayat mangsa telah disahkan oleh keluarga, manakala siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

— BERNAMA .-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings