the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Resolusi perangi Islamofobia di PBB diterima selepas dapat sokongan majoriti

NEW DELHI: Resolusi yang dibawa Pakistan bagi memerangai Islamofobia diterima Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selepas mendapat sokongan majoriti.

Resolusi itu diterima pada Hari Antarabangsa bagi Memerangi Islamofobia pada Jumaat dengan 115 undi menyokong dan tiada undi menentang.

Perhimpunan Agung itu mengutuk perbuatan mengapi-apikan diskriminasi, kebencian atau keganasan terhadap umat Islam seperti yang ditunjukkan dalam insiden pembakaran kitab suci al-Quran, menyerang masjid, premis berkaitan Islam dan tindakan lain yang tidak bertoleransi terhadap agama.

“Penerimaan resolusi itu tepat pada masanya di tengah-tengah peningkatan Islamofobia, kata Kementerian Luar Pakistan pada Sabtu.

Resolusi itu dibentangkan dalam Perhimpunan 193 ahli itu oleh Pakistan bagi pihak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) .

Terdapat 44 undi berkecuali pada perhimpunan itu antaranya dari Great Britain, India, Korea Selatan dan Kesatuan Eropah.

Perhimpunan itu juga menggesa pelantikan Perutusan Khas PBB bagi Memerangi Islamofobia.

Pada Jumaat di Geneva, Nassima Baghli, pemerhati tetap OIC berkata “Islamofobia sedang meningkat berikutan serangan Israel ke atas Gaza.”

Malaysia pula menggesa langkah kukuh diambil bagi menangani Islamofobia sambil mengalu-alukan pelantikan Perutusan Khas PBB bagi tujuan itu.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengenal pasti langkah-langkah kukuh dalam membanteras keadaan dan perlakuan semasa yang memupuk perbuatan-perbuatan keji ini,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat . –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings