the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Rexy: Tze Yong berpeluang ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Khabar gembira buat kem badminton negara apabila dimaklumkan perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong kemungkinan berpeluang menyertai skuad negara ke kejohanan Piala Thomas 2024 berlangsung di Chengdu, China bermula 27 April ini.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky (gambar) berkata pemain di ranking ke-18 dunia itu mempunyai masa yang cukup untuk pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan di bahagian belakang pada Februari lepas.

Beliau berkata Tze Yong sudah kembali meneruskan latihan namun masih berhati-hati dan kurang agresif.

“Pasti (masih ada peluang ke Thomas) kerana (saya rasa) Tze Yong sudah siap kerana kita masih ada satu bulan (sebelum bermula).

“Keadaan Tze Yong kita lihat sudah ada pergerakan yang lebih baik namun mungkin dia masih berhati-hati dalam membuat pergerakan ekstrem (seperti) pukulan smash selain pergerakan untuk mengawal gelanggang besar sudah nampak positif,” katanya kepada pemberita di ABM di sini hari ini.

Tze Yong disahkan mengalami kesakitan tulang belakang akibat kecederaan dialami pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam, Selangor, Februari lepas.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini terlepas peluang membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik 2024 di Paris yang dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan, malah beliau sebelum ini menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China pada 9 hingga 14 April ini.

Piala Thomas 2024 akan berlangsung pada 27 April hingga 5 Mei di Chengdu, China. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings