the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saarani: Perak cadang lebuh raya baharu antara Tanjung Malim-Lumut

PARIT BUNTAR: Kementerian Kewangan telah mendaftarkan cadangan pembinaan sebuah jajaran lebuh raya baharu, yang akan menghubungkan antara Tanjung Malim ke Lumut, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (gambar).

Beliau berkata pembinaan lebuh raya itu perlu, susulan projek Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim akan mula beroperasi, bagi memudahkan perkhidmatan logistik dieksport melalui Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

“Sekiranya produk yang dihasilkan di LuMIC dihantar ke Pelabuhan Klang (Selangor), sesak…sebab itu kita mahu memperkasakan Pelabuhan Lumut itu nanti.

“Kita mahu projek lebuh raya ini dapat dibina dalam tempoh yang sama dengan pembangunan AHTV, agar sebaik sahaja kilang-kilang itu beroperasi, produk yang dihasilkan dapat dihantar terus melalui lebuh raya baharu itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) dan Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) kepada 30 penduduk setinggan di rizab Sungai Kerian di sini hari ini.

Saarani berkata pendaftaran cadangan projek lebuh raya berkenaan daripada Kementerian Kewangan, merupakan susulan daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perak baru-baru ini.

“Kita ada senaraikan 10 perkara kepada Perdana Menteri mengenai permohonan pelaksanaan projek di negeri ini untuk dipertimbangkan di peringkat Persekutuan.

“Kita difahamkan Kementerian Kewangan telah mendaftarkan cadangan projek lebuh raya itu sebagai projek keutamaan dan Unit Perancang Ekonomi akan mengkaji dari segi pelaksanaannya,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai loji janakuasa tenaga solar, Saarani berkata ladang solar yang menelan kos projek RM250 juta berkapasiti 50MW, mampu menjana tenaga hijau untuk 25,000 isi rumah setahun sekali gus mampu mengurangkan 100,000 tan pelepasan karbon dioksida, serta menjimatkan penggunaan elektrik setiap tahun.

Beliau berkata pembinaan ladang solar itu selaras dengan Agenda Teknologi Hijau (Solar dan Hidro) dalam Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030.

“Ia merupakan langkah awal menjadikan Daerah Kerian sebagai hab pembangunan teknologi tinggi dan hijau sebagaimana rancangan kerajaan dalam membangunkan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di daerah ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia’s US$1.5 billion global sukuk oversubscribed 4.7 times

PETALING JAYA; Strong investor demand drove a 4.7 times...

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings