the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Saksi: Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah US$1.03b kepada syarikat Jho Low

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memindahkan US$1.03 bilion kepada Good Star Limited yang dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penguasa Kanan Nur Aida Arifin, 37, berkata demikian ketika disoal peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang mewakili Najib berhubung transaksi yang dilakukan antara 2009 dan 2011.

Wan Azwan Aiman: Kamu bersetuju bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas Ketua Pegawai Operasi 1MDB Radhi Mohamad, bekas Pengarah Kewangan 1MDB Terrence Geh Choh Heng dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee adalah individu yang membenarkan wang itu dipindahkan ke akaun Good Star?

Nur Aida: Berdasarkan dokumen, ya.

Wan Azwan Aiman: Kamu bersetuju bahawa Najib tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan US$1.03 bilion kepada Good Star? Nur Aida: Setuju.

Sebelum ini, Nur Aida yang juga saksi pendakwaan ke-49 dalam pernyataannya mengesahkan bahawa US$1.03 bilion telah dipindahkan ke akaun Good Star dan syarikat itu tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan 1MDB.

Dana itu dipindahkan ke akaun Good Star melalui dua transaksi iaitu US$700 juta pada September 2009 manakala US$330 juta pada Mei 2011.

Good Star menutup akaunnya di Coutts pada 4 Sept 2013 dan syarikat itu dibubarkan pada 2 Mei 2014.

Terdahulu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tiga tarikh baharu perbicaraan iaitu pada 30 April, 2 dan 31 Mei.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings