the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Satu maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak kuari Bandar Saujana Putra

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan tapak kuari di Jalan SP2, Bandar Saujana Putra di Kuala Langat hari ini.

Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu dalam kejadian yang sama, seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya terdahulu menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.32 petang dan sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas dan tiba di lokasi kejadian pada 4.54 petang.

Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku tanah runtuh di kawasan kuari dengan kedalaman 1.2 meter.

“Terdapat dua orang mangsa dipercayai lelaki (berusia) 30-an yang tertimbus dengan seorang telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai,” katanya.

Beliau berkata mangsa kedua yang tertimbus berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba pada 6.42 petang dan disyaki telah meninggal dunia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings