the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sebanyak 2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,214 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berjaya dipasang setakat 20 Mac, 2024, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pencapaian itu sebahagian daripada komitmen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.

Malaysia menyasarkan untuk memiliki 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, yang terdiri daripada 9,000 unit pengecas arus ulang alik (AC) dan 1,000 unit pengecas arus terus (DC) pantas, seperti digariskan dalam Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030, yang dilancarkan pada 2021.

“Daripada 2,214 stesen pengecas EV yang dipasang, 1,741 adalah pengecas arus ulang-alik dan 473 pengecas pantas arus terus,“ kata Tengku Zafrul pada sidang media selepas mengumumkan kad laporan suku pertama 2024 MITI di sini hari ini.

Mengenai program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas), beliau berkata rebat bernilai RM4.8 juta daripada 1,995 permohonan telah diluluskan setakat 31 Mac 2024.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings