the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sim: Reformasi MPM perlu untuk licinkan pengendalian kes

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata reformasi terhadap Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) meliputi aspek operasi, proses, dasar undang-undang dan infrastruktur perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan mahkamah itu.

Sim berkata ini susulan peningkatan aduan kes pembuangan kerja secara tidak adil dan pertikaian perjanjian perusahaan yang diterima mahkamah itu setiap tahun.

Katanya sepanjang tahun lepas sahaja, MPM menerima 1,822 kes seumpama itu berbanding 1,657 kes pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kolokium Reformasi Perundangan dan Pengurusan MPM, di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran.

Sim juga berkata beberapa penambahbaikan terhadap MPM telah dilakukan termasuk menambah tempoh pelantikan pengerusi MPM kepada empat tahun berbanding dua tahun sebelum ini untuk melancarkan proses perjalanan mahkamah itu.

Katanya pada tahun ini beberapa pembaharuan juga akan dilaksanakan MPM, antaranya memendekkan tempoh masa proses pengadilan, mengurangkan kes-kes tertunggak, menambah baik fasiliti dan kemudahan di mahkamah .

Mengenai kolokium yang berlangsung dua hari berkenaan, Sim berkata program yang julung kali diadakan itu adalah sebagai wadah mendapatkan saranan dan pandangan daripada pakar undang-undang, wakil majikan, pekerja dan majlis peguam untuk pemerkasaan MPM.

Ditubuhkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, MPM merupakan sebuah tribunal serta badan tunggal untuk memutuskan kes-kes melibatkan pembuangan kerja, perjanjian kolektif dan pertikaian perusahaan di antara majikan, pekerja dan kesatuan-kesatuan sekerja yang berkaitan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings