the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri maut dipercayai dibunuh, berebut harta disyaki jadi punca

IPOH: Pasangan suami isteri ditemukan maut dipercayai dibunuh di kawasan kelapa sawit di Pantai Remis dekat Manjung, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya, menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.30 petang, daripada seorang lelaki yang memaklumkan bapa saudaranya telah bergaduh dengan adik lelaki serta isterinya, di sebuah kebun kelapa sawit.

“Kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta, yang menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara kedua-dua mangsa dan suspek.

“Kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 60-an telah ditemukan di dalam kawasan kebun kelapa sawit dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Nordin berkata suspek yang berumur dalam lingkungan 60-an berjaya ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung esok, bagi permohonan reman.

Beliau berkata kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Ashazarul Khairi Ab Hamid, di talian 012-5087026 untuk membantu siasatan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings