the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sultan Ibrahim terima menghadap Panglima Angkatan Tentera

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman di Istana Flintstones, Mersing.

Menurut satu hantaran menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim, turut hadir ialah Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Pertemuan kedua-dua pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia itu bersama baginda berlangsung selama hampir satu jam dan membincangkan pelbagai perkara sebelum diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima cenderahati daripada Mohammad dan Muhammad Hafizuddeain. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings