the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tabung kemanusiaan Palestin : Warga KPK sumbang lebih RM850 ribu

PUTRAJAYA: Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan agensi di bawahnya menyumbang RM850,566.23 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin, bagi membantu rakyat di negara tersebut.

KPK dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sumbangan yang diselaraskan Kelab Sukan dan Kebajikan KPK itu, diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini.

Selain wang tunai, KPK melalui Majlis Getah Malaysia turut menyumbang 100,000 sarung tangan getah yang akan disumbangkan kepada pasukan perubatan di Semenanjung Gaza.

Inisiatif kutipan sumbangan itu merupakan tanda sokongan KPK, mendukung inisiatif Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam yang dilancarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, 24 Okt lepas.

“KPK sentiasa menyokong sebarang inisiatif murni dan misi kemanusiaan sejagat, termasuk membantu meringankan kesengsaraan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin,” menurut kenyataan kementerian itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings