the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Taman Negara UNESCO di Argentina terbakar

MOSCOW: Kebakaran pada Khamis lepas di Taman Negara Los Alerces Argentina, Tapak Warisan Dunia UNESCO dan kawasan sekitarnya, memusnahkan lebih 1,000 hektar kawasan (2,471 ekar), lapor Sputnik, memetik seorang pegawai taman itu pada Isnin.

Ketua Jabatan Kecemasan taman itu, Mario Cardenas, berkata kebakaran yang masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya itu telah menjejaskan ribuan ekar kawasan.

Lebih 250 anggota bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan cemara Patagonian terbesar di Argentina atau Fitzroya, antara spesies pokok paling lama hidup di planet ini.

Usaha itu dihalang oleh angin kencang dan suhu tinggi di kawasan berkenaan.

Taman Negara Los Alerces yang terletak di selatan Argentina dibuka pada 1937 untuk melindungi landskap semula jadi tempatan dan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2017.

Cypress Patagonian ialah konifer gergasi yang berasal dari Chile dan Argentina. Sesetengah pokok di taman itu berusia beberapa ribu tahun dan tumbuh melebihi 50 meter (164 kaki) tinggi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings