the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 kenderaan rosak dalam kejadian hujan lebat di Seksyen 13

SHAH ALAM: Sepuluh kenderaan dilaporkan rosak susulan hujan lebat dan angin kuat yang melanda kawasan Seksyen 13, dekat sini petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan laporan berkenaan sebatang pokok telah tumbang dan menghempap dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 5 petang tadi.

Norazam berkata bagaimanapun mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan bomba di lokasi kejadian.

”Kami menggerakkan enam anggota ke lokasi untuk memastikan keselamatan dan memotong pokok yang tumbang di tempat kejadian. Operasi masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata pihaknya turut menerima satu lagi laporan, lapan kenderaan didapati rosak ekoran bumbung tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di kawasan itu diterbangkan angin kencang.

“Namun tiada mangsa yang cedera dalam kejadian yang berlaku sekitar 5 petang tadi,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings