the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

10 pasar awam Kedah dipilih untuk Program Pasar Patuh KPDN

KPDN Kedah pilih 10 pasar awam untuk Program Pasar Patuh 2025 bagi wujudkan persekitaran perniagaan beretika dan perlindungan pengguna.

POKOK SENA: Sebanyak 10 pasar awam di Kedah dipilih bagi Program Pasar Patuh yang bertujuan membina persekitaran perniagaan tersusun, beretika dan memberi perlindungan secara optimum kepada pengguna. 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata Pasar Awam Pokok Sena dijadikan projek rintis selain turut terlibat Pasar Besar Alor Setar dan Pasar Jitra.

Selain itu, juga terlibat Pasar Awam Taman Delima, Sungai Petani; Pasar Awam Sik; Pasar Awam Pendang; Pasar Awam Kuala Nerang; Pasar Awam Kulim; Pasar Awam Baling dan Pasar Awam Guar Chempedak. 

“Objektif program ialah meningkatkan kesedaran peniaga terhadap kepentingan mematuhi undang-undang, menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan peniaga serta melindungi hak dan kepentingan pengguna.

“Ia juga antara inisiatif untuk memperkukuh budaya pematuhan perniagaan, sekali gus memastikan ekosistem perdagangan negara kekal kondusif, berintegriti dan telus selain berfungsi sebagai payung kepada beberapa inisiatif utama KPDN,” katanya.

Muhammad Nizam berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Pasar Patuh 2025 Peringkat Negeri Kedah oleh Datuk Bandar Alor Setar Datuk Abdul Gafar Yahya di sini hari ini. 

Beliau berkata melalui inisiatif itu, peniaga perlu sentiasa meletakkan tanda harga dan label barangan jualan mereka dengan setakat ini, pihaknya mendapati golongan itu mematuhi garis panduan ditetapkan. 

Beliau berkata KPDN akan terus membuat pemantauan berkala di pasar berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya jika peniaga gagal mematuhi peraturan ditetapkan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories