the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
27.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

12 konsesi lebuh raya catat kerugian tahun lepas

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

12 daripada 33 konsesi lebuh raya Malaysia rugi tahun lepas kerana trafik rendah, termasuk MEX, KLK, DASH dan SMART.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 daripada 33 konsesi lebuh raya mencatatkan kerugian berdasarkan laporan kewangan tahun lepas.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata kerugian itu berpunca daripada kekurangan trafik.

Antara lebuh raya yang terlibat ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Turut rugi ialah Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Senarai lengkap termasuk Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

Terowong SMART, Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) juga mencatat kerugian.

“Sesiapa yang mencadangkan pembinaan lebuh raya baharu perlu membuat kiraan dengan tepat,” tegas Ahmad Maslan di Dewan Rakyat.

Beliau menegaskan jika trafik tidak mencukupi, keuntungan tidak dijamin dan kerajaan mungkin terpaksa menanggung kerugian.

Mengenai jajaran lebuh raya dari Tol Bandar Baharu ke Sungai Petani, Ahmad Maslan berkata projek naik taraf tersebut tidak diluluskan.

Projek itu merupakan sebahagian daripada cadangan Northern Corridor Highway (NCH).

Jajaran asal dari Taiping ke Bukit Kayu Hitam didapati tidak berdaya maju.

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) kemudian mencadangkan jajaran Taiping-Sungai Petani.

“Setakat ini ia masih dalam proses permohonan cadangan (RFP). Kita sedang menunggu,” jelasnya.

RFP untuk jajaran Bukit Kayu Hitam sebelum ini tidak menerima sebarang permohonan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img