Saturday, November 1, 2025
21.2 C
Malaysia
spot_img

19 pelajar tajaan JPA tembus universiti terbaik dunia QS ranking

The Sun Berita

PUTRAJAYA: Seramai 19 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Ambilan 2023 berjaya menempatkan diri di universiti terkemuka dunia yang tersenarai dalam 20 teratas QS World University Rankings.

Kejayaan itu adalah hasil usaha gigih, disiplin tinggi dan daya juang luar biasa pelajar dan pendidik sepanjang mengikuti pengajian peringkat A-Level.

Antara universiti berprestij yang menjadi destinasi pelajar berkenaan ialah University of Cambridge, Imperial College London, University College London, King’s College London, The London School of Economics and Political Science serta The University of Edinburgh di United Kingdom.

Pelajar cemerlang yang berjaya termasuk Muhammad Umar Nor’azim dengan keputusan A-Level 3A* yang diterima ke University of Cambridge dalam bidang Sains Psikologi dan Tingkah Laku.

Chng Suzanne dengan keputusan A-Level 4A* juga diterima ke University of Cambridge dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Bioteknologi.

Rubinthiran Yogarajah dengan keputusan A-Level 3A* berjaya ke Imperial College London dalam bidang Kejuruteraan Kimia.

Muhammad Fitri Hatim Zainuddin dengan keputusan A-Level 4A* berjaya ke King’s College London dalam bidang Matematik.

Pencapaian mereka bukan sahaja membanggakan diri, keluarga dan institusi pendidikan malah turut membuktikan Malaysia mampu melahirkan generasi berkelas dunia.

Kejayaan itu mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI dalam melahirkan modal insan unggul berkelas dunia selaras dengan aspirasi negara.

Kecemerlangan ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam menyantuni rakyat berteraskan nilai kecemerlangan, integriti dan ihsan.

Kesemua pelajar ini menggalas amanah besar sebagai duta kecil negara serta mencerminkan citra rakyat Malaysia yang berilmu dan berdaya saing.

JPA mendoakan agar mereka terus berjaya dalam pengajian, mengharumkan nama negara serta kembali menyumbang kepada pembangunan Malaysia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Hong Kong Design Centre Announces DFA Hong Kong Young Design Talent Award 2025 Winners

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 31 October 2025 - Hong Kong Design Centre (HKDC) proudly marks the 20th milestone of the DFA Hong Kong Young Design Talent Award (DFA HKYDTA) with the announcement of its 2025 awardees. Selected by a professional panel of judges, this year's 17 talented young designers from Hong Kong have been recognised for their outstanding creativity and innovative contributions.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img