the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

4 RUU reformasi institusi akan dibentang tahun depan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 juga akan dibentangkan.

KUALA LUMPUR: Empat rang undang-undang (RUU) berkaitan reformasi institusi iaitu Ombudsman, kebebasan maklumat (FOI), pendanaan politik serta pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya kini sedang dalam proses libat urus dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 juga akan dibentangkan, termasuk merangkumi perlindungan dan insentif kepada pemberi maklumat.

“Menteri berkenaan telah membentangkan keputusan dasar untuk diluluskan Jemaah Menteri, iaitu Ombudsman, FOI, pendanaan politik dan pengagihan kuasa Peguam Negara serta Pendakwa Raya.

“Keempat-empat RUU ini sedang melalui proses libat urus, antaranya dengan Parlimen, Majlis Peguam dan pihak-pihak berkepentingan lain, sebelum dimuktamadkan. Ada yang dijangka dibentangkan awal tahun, manakala sebahagiannya pertengahan tahun,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) mengenai perkembangan terkini reformasi institusi perundangan melalui penggubalan RUU tersebut dalam usaha meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Sementara itu, Perdana Menteri berkata pemantauan terhadap pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 dijalankan secara berkala, dengan beberapa cadangan langkah diberi perhatian.

Anwar berkata cadangan itu termasuk pemberian insentif cukai kepada badan-badan yang menyertai program antirasuah secara berkesan dan agresif, selain penetapan kadar elaun kepada saksi yang bersedia memberi kerjasama.

“Setakat ini, terdapat kejayaan yang bermakna. Contohnya, pencapaian badan-badan penguatkuasaan dari segi kerangka besar antirasuah, ketirisan, penyeludupan dan kartel, kita berjaya mengumpul RM15.5 bilion untuk kantung negara,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status terkini pelaksanaan NACS melalui pengukuhan lima strategi teras, seiring usaha kerajaan meningkatkan tatakelola dan memerangi rasuah secara tegas dan adil tanpa pilih kasih.

Anwar berkata sejak pelancaran NACS pada 7 Mei 2024, sebanyak 23 substrategi berjaya dilaksanakan oleh 12 kementerian dan agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan lima substrategi diselesaikan pada 2024 dan 18 lagi sehingga November ini.

BACA:

Anwar sambung kempen PRN Sabah selepas lawatan Afrika

Kerjasama parti tempatan dan nasional penting selepas PRN Sabah – Anwar

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Persona5: The Phantom X Version 4.4 Launches with Global Hatsune Miku Collaboration and 1st...

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Persona5: The Phantom X (P5X) is set to launch its Version 4.4 update today (June 25, 2026), bringing a global collaboration with Hatsune Miku alongside the game's 1st Anniversary Celebration in Southeast Asia.

Candy Cottage Expands from Home-Based Business to International Brand with Shopee

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Candy Cottage, a homegrown confectionery business founded in 2022, has expanded beyond Singapore through Shopee International Platform (SIP), reaching customers across the region and recording 8X growth in cross-border sales.

MET Group’s Climate Impact Report Confirms The Company’s Contribution to Profitable Decarbonisation

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - MET Group has published its Climate Impact Report 2025, highlighting how the company continues to balance decarbonisation, security of supply, and affordability through an integrated portfolio of gas, LNG, renewables, and energy storage solutions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings