the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 20, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

92 program WRUR DUN Bukit Katil beri manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat

Sebanyak 92 program WRUR di DUN Bukit Katil selesai, tangani isu kebajikan, ekonomi dan pendidikan dengan 255 aduan rakyat direkodkan.

MELAKA: Sebanyak 92 program melibatkan pelbagai lapisan masyarakat telah dilaksanakan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil dalam tempoh dua minggu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil Adly Zahari berkata program bermula 7 Disember itu memberi ruang penyelesaian secara langsung terhadap isu kebajikan, peluang ekonomi, pendidikan, kesihatan, pembangunan komuniti serta pengukuhan perpaduan.

“Saya berpeluang turun padang, mendengar dan menyaksikan sendiri realiti masyarakat pelbagai peringkat,” katanya.

Beliau berkata WRUR menjadi medan pertemuan rakyat dan kerajaan dalam suasana lebih terbuka, jujur serta membina.

Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata demikian semasa majlis penutup WRUR DUN Bukit Katil di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Adly berkata DUN Bukit Katil unik apabila dua parti berbeza dalam Kerajaan MADANI iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dapat bekerjasama dengan baik sepanjang WRUR.

“Semangat kerjasama ini membuktikan perbezaan politik bukan penghalang untuk bekerja demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata WRUR mencerminkan komitmen kerajaan negeri memastikan aduan rakyat ditangani secara tuntas serta responsif.

Sementara itu, Ab Rauf berkata secara keseluruhan bagi 10 siri WRUR di seluruh negeri, sebanyak 2,245 aduan rakyat diterima.

Daripada jumlah itu, 1,704 atau 76% telah berjaya diselesaikan setakat ini.

Bagi DUN Bukit Katil, beliau berkata sebanyak 255 aduan direkodkan dengan 66 telah diselesaikan.

Baki aduan sedang dalam tindakan segera oleh jabatan dan agensi berkaitan.

“Di sebalik angka itu ialah kisah dan harapan rakyat yang perlu diberi perhatian serius,” katanya.

Ab Rauf berterima kasih kepada semua pihak termasuk barisan pentadbiran negeri dan kepimpinan masyarakat atas komitmen tinggi menangani aduan rakyat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories