the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga lelaki bebas tuduhan edar 73.7 kg dadah

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Tiga lelaki dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan edar 73.7 kg dadah selepas pendakwaan gagal buktikan kes prima facie.

SHAH ALAM: Tiga lelaki dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan mengedar lebih 73.7 kilogram dadah.

Hakim Dr Wendy Ooi Su Ghee memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Beliau berkata terdapat kelemahan serius dalam kes pendakwaan yang dikemukakan.

Hakim Wendy menyenaraikan percanggahan keterangan saksi berkaitan pengecaman barang kes dan jumlah kotak dadah yang dirampas.

Mahkamah turut mengambil perhatian terhadap kegagalan polis mengemukakan gambar semasa rampasan dilakukan.

Kegagalan mengemukakan rakaman asal CCTV turut diperhatikan.

“Di samping itu, pegawai penyiasat telah gagal menyiasat keterangan yang diberikan oleh tertuduh,” katanya.

Kegagalan itu menjejaskan kredibiliti keseluruhan kes pendakwaan dan memprejudiskan pembelaan tertuduh.

Susulan keputusan itu, ketiga-tiga tertuduh dilepaskan tanpa dipanggil membela diri.

Mereka ialah Muhammad Amiruddin Abd Hadi, 30, V. Vijandran Nair, 35, dan Muhammad Faiz Ahmad, 36.

Mereka didakwa bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 73,708.40 gram di Taman Batu Caves, Gombak pada 6 Ogos 2021.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ainul Mardiyah Mohd Ali.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings