regu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King layak ke pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena.
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026.
Pasangan itu menewaskan gandingan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Presley Smith dalam straight set di Axiata Arena.
Wooi Yik berkata beliau berharap kemenangan itu menjadi permulaan yang positif untuk tahun baharu.
“Kami perlu menyesuaikan diri dengan cepat. Saya harap hari ini menjadi permulaan yang positif dan kami akan berbincang tentang apa yang boleh diperbaiki kerana setiap situasi berbeza,” katanya.
Pilihan kedua kejohanan itu akan bertemu sama ada pasangan China Chen Xu Jun-Liu Yang atau pasangan Taiwan Liu Kuang Heng-Yang Po Han.
Sementara itu, beregu negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King turut melangkah ke pusingan kedua.
Mereka menewaskan gandingan kombinasi Korea Selatan dan Malaysia Choi Sol Gyu-Goh V Shem 22-20, 21-12.
“Alhamdulillah, kami berjaya menebus kekalahan kepada lawan sama dalam pertemuan terakhir di Australia,” kata Wan Arif.
Wan Arif-Roy King akan berdepan wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di pusingan kedua.
Pasangan India pernah menewaskan mereka sebanyak tiga kali sebelum ini.








