the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Abdul Halim, Michael Mujah lihan angkat sumpah Ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Murum Michael Mujah Lihan hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pelantikan Abdul Halim yang berkuat kuasa 23 Nov lepas hingga 22 Nov 2026 dan Michael bermula 11 Dis 2023 hingga 10 Dis 2026 adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya sebelum memulakan hari kelima sidang Dewan Negara bagi membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 mengalu-alukan sumbangan perbahasan yang intelektual dan konstruktif daripada kedua-dua Senator yang baharu.

Beliau turut mengingatkan Ahli Dewan Negara supaya mengekalkan momentum yang produktif dan terus berkongsi input perbahasan dan ucapan kepada media massa, elektronik dan media sosial agar rakyat mendapat maklumat dan manfaat daripada perbahasan di dalam dewan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings