the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

ABIM gesa tindakan komprehensif tangani ancaman sosial hubungan sejenis

ABIM menegaskan hubungan sejenis sebagai ancaman sosial dan kesihatan yang memerlukan intervensi menyeluruh daripada semua pihak termasuk keluarga, komuniti dan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan isu hubungan sejenis tidak lagi boleh dianggap sebagai isu peribadi.

Timbalan Presidennya Mohamad Saifuddin Abdul Latiff berkata serbuan ke atas premis kesihatan di Chow Kit yang dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang memperlihatkan budaya maksiat semakin berani dan terancang.

Beliau berkata lebih membimbangkan adalah penglibatan 17 penjawat awam termasuk guru dan petugas kesihatan dalam kegiatan tersebut.

“Pada masa sama, data Kementerian Kesihatan menunjukkan perubahan trend jangkitan HIV negara yang semakin merisaukan,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Saifuddin menegaskan perlakuan songsang bukan sahaja bercanggah dengan syariah dan moral tetapi juga membawa risiko kesihatan awam yang besar.

Beliau menyeru agar institusi keluarga, sekolah, masjid dan kerajaan bergabung tenaga menangani gejala itu secara tuntas.

“Tindakan tegas terhadap perlakuan songsang yang dilakukan secara terbuka adalah suatu keperluan,” katanya.

ABIM turut kesal terdapat pihak yang memperlekehkan isu berkenaan seolah-olah keruntuhan moral masyarakat boleh ditertawakan.

“Sikap sebegini amat berbahaya kerana ia membuka ruang normalisasi,” tegasnya.

Serbuan polis di sebuah kelab kesihatan di Chow Kit pada Jumaat lepas membawa kepada penahanan 208 individu termasuk 17 penjawat awam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings