ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis ke-12, mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin
ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.
Abu Bakar, 57, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis pada 4.04 petang ini.
Beliau ialah Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dan juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis.
Abu Bakar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 154 undi.
A








