the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ada najis tikus dan lipas, MBPP arah 52 premis perniagaan ditutup sejak Januari

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan 52 premis perniagaan ditutup susulan isu kebersihan yang serius termasuk penemuan najis tikus dan lipas, dari Januari hingga hari ini.

Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam MBPP Tan Soo Siang berkata penutupan itu ialah hasil daripada pemeriksaan rutin dan rawak yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan bagi memastikan restoran dan kedai makan mematuhi piawaian kebersihan yang ketat.

Beliau berkata penutupan 52 premis terbabit termasuk lapan premis makanan yang diarahkan tutup kerana kotor semalam, selepas penemuan najis tikus serta lipas di bahagian dapur, dalam operasi yang dijalankan di sekitar George Town.

“Terdapat satu premis makanan yang tidak menghiraukan aspek kebersihan penyediaan makanan kepada pelanggan dengan memproses atau memotong ikan mentah di atas lantai selain terdapat premis yang tidak menyelenggara dengan baik peti beku yang menyimpan bahan mentah.

“Lapan premis makanan itu diarahkan tutup selama 14 hari kerana tahap kebersihan yang lemah dan kotor,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi itu terbahagi kepada dua sesi dengan memberi tumpuan utama kepada aspek kebersihan kawasan penyediaan makanan, iaitu bahagian dapur, ruang penyimpanan bahan mentah dan sebagainya.

Tan berkata pihaknya percaya bahawa pemeriksaan rambang itu bukan sahaja memastikan restoran dan premis makanan mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan, tetapi juga mempunyai kesan positif kepada industri makanan dan minuman secara keseluruhan.

Beliau berkata penutupan premis-premis itu bukan bertujuan merugikan perniagaan, tetapi untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

“Kami menyeru semua pihak agar terus bekerjasama bagi memastikan masyarakat dapat menikmati makanan yang selamat, bersih, dan berkualiti selain akan terus mempergiatkan usaha pemantauan untuk meningkatkan standard kebersihan serta keselamatan makanan di semua premis perniagaan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings