the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong terima taklimat lawatan negara ke Rusia Ogos ini

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima taklimat terperinci mengenai lawatan negara beliau ke Persekutuan Rusia yang dijadualkan pada Ogos ini. Taklimat itu disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohd Zin di Istana Negara hari ini.

Menurut kenyataan rasmi di laman Facebook Sultan Ibrahim, sesi taklimat berlangsung hampir satu jam. Turut hadir ialah Duta Rusia ke Malaysia Naiyl M Latypov serta beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri Datuk Yubazlan Yusof.

“Taklimat ini membincangkan persiapan terakhir bagi memastikan lawatan Seri Paduka Baginda berjalan lancar,“ menurut sumber yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Lawatan ini dijangka mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan dan kerjasama teknikal.

Selain pegawai Kementerian Luar Negeri, turut hadir dalam sesi tersebut ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Sandakan residents urge action over illegal vehicle activities, noise

Residents in Sandakan are calling for sustained enforcement against illegal vehicle activities, excessive noise and reckless driving along Jalan Bandar Utama 1, warning that repeated disturbances and dangerous behaviour could lead to a serious accident.

Most Viewed

spot_img