the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Agong ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan Sukan SEA 2025

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia yang meraih 231 pingat di Sukan SEA 2025, sambil menyatakan rasa bangga dengan semangat juang atlet.

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia.

Baginda berdua mengucapkan tahniah atas kejayaan meraih 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat juang serta komitmen tinggi para atlet negara.

Seri Paduka Baginda juga berkenan menyampaikan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara, barisan jurulatih, pegawai serta semua pihak yang terlibat.

“Pencapaian ini juga menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara serta inspirasi kepada generasi muda,” titah Seri Paduka Baginda.

Temasya Sukan SEA 2025 yang melabuhkan tirai secara rasmi semalam menyaksikan Malaysia menduduki tempat keempat.

Pasukan negara meraih 57 pingat emas, 57 perak dan 117 gangsa.

Tuan rumah Thailand mengungguli carta dengan kutipan 233 pingat emas, 154 perak dan 112 gangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Vantage Data Centers appoints Fitri Abdullah as country managing director to accelerate growth in Malaysia

Vantage Data Centers has named Fitri Abdullah as country managing director for Malaysia to oversee growth initiatives and support the expansion of hyperscale data center campuses across Kuala Lumpur and Johor.
spot_img

Popular Categories