the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli Dewan Negara cadang TNB beri rebat bil elektrik susulan fenomena cuaca panas

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.

Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata rebat itu dicadang hanya diberikan kepada rumah yang bernilai RM300,000 ke bawah bagi penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi mereka.

“Kami di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan amat terkesan dengan keadaan gelombang haba ini. Kehidupan harian menjadi lebih mencabar.

“Secara langsung, kos penggunaan elektrik menjadi berlipat ganda berikutan penggunaan pendingin hawa dan kipas yang berpanjangan,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negara dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan berikutan ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama susulan fasa akhir Monsun Timur Laut yang diramal berterusan sehingga penghujung Mac ini.

Senator Isaiah Jacob pula mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jabatan khas bagi menjaga dan memelihara hal ehwal golongan orang kurang upaya (OKU).

“Jabatan ini akan menjaga, melindungi dan memantau golongan itu sepertimana fungsi Jabatan Kemajuan Orang Asli. Maka kita akan sediakan apa yang OKU perlukan selain kemudahan yang mengikut piawaian.

“Jadi saya merayu dan memohon agar kerajaan menubuhkan jabatan ini dalam kita membawa martabat OKU ke masa hadapan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menubuhkan perpustakaan khas bagi golongan istimewa ini khasnya OKU penglihatan, pendengaran dan pertuturan.

“Mereka ini perlu menggunakan alat-alat yang direka khas, jadi dengan adanya penubuhan perpustakaan sebegini ia sekali gus dapat memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan pengendalian alat tersebut,” katanya.

Senator Tan Sri Low Kian Chuan pula mencadangkan agar kerajaan mempertimbang untuk mengkaji semula Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional bagi menghukum pihak yang mempermain isu sentimen 3R (kaum, agama dan institusi diraja).

“Perpaduan kaum kunci utama kemajuan negara. Oleh itu, tepat pada masanya untuk RUU berkaitan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional. Ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk mengurangkan sentimen perkauman dan agama,“ katanya.

Beliau berkata undang-undang itu penting untuk mewujudkan ekosistem bagi mencegah isu perkauman dan diskriminasi berikutan naratif berterusan sentimen kaum dan agama yang dimainkan ketika ini dikhuatiri mampu menyemarakkan api kebencian serta perpecahan.

Sebelum ini, RUU berkenaan tidak diteruskan di Parlimen pada 2020 selepas Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique di Dewan Rakyat ketika itu memaklumkan bahawa undang-undang sedia ada sudah mencukupi bagi menangani isu berkaitan agama dan kaum.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings