the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli Parlimen Padang Serai didakwa subahat kes rasuah RM400,000

Ahli Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin mengaku tidak bersalah atas tuduhan subahat kes rasuah RM400,000 berkaitan projek ternakan lembu Kedah

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan bersubahat dalam kes rasuah RM400,000.

Tuduhan itu berkaitan dengan projek penternakan lembu pedaging Kerajaan Negeri Kedah lima tahun lalu.

Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.

Azman didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama ahli perniagaan Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk menerima suapan RM400,000 daripada Mohd Hassanaim Fauzi, 39.

Wang itu didakwa sebagai upah untuk membantu Mohd Hassanaim mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Kubang Pasu.

Projek itu adalah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).

Mengikut pertuduhan, Azman didakwa mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB mengeluarkan surat tawaran kepada Mohd Hassanaim bagi projek berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat Syarikat Angsa Emas Beaute Sdn Bhd, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada kira-kira 5 petang 23 Jun 2020. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories