the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ahmad Zahid ingatkan orang ramai waspada paras air sungai meningkat

Timbalan Perdana Menteri ingatkan orang ramai waspada paras air sungai di 9 negeri kini di tahap waspada, amaran dan bahaya.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap paras air sungai yang meningkat di beberapa negeri.

Beliau berkata beberapa sungai di sembilan negeri menunjukkan peningkatan ke tahap waspada, amaran dan bahaya berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Beberapa sungai di negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan kini berada pada aras Waspada, Amaran dan Bahaya,” katanya melalui catatan Facebook.

Ahmad Zahid menasihati orang ramai untuk menyemak status semasa melalui laman Public Info Banjir di publicinfobanjir.water.gov.my.

Beliau menggesa orang ramai mengelak kawasan berisiko terutama ketika hujan berterusan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan satu lekukan tropika di Laut China Selatan tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia.

Lekukan tropika itu dikesan bergerak ke arah timur timur laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam.

Kelajuan angin maksimum direkodkan ialah 56 kilometer sejam dengan jarak kira-kira 213 kilometer ke timur laut Dungun, Terengganu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

New feather in cap for Hong Kong’s legal hub

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 18 December 2025 - Another international law-related organisation has unveiled plans to set up a regional base in the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR).
spot_img

Popular Categories